Program ini merupakan anjuran bersama Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak, P.193 Santubong, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dan Jabatan Muzium Sarawak.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen P.193 Santubong.
Seminar ini menampilkan pembentangan menarik daripada Datu Dr. Sanib Said, Dr. Ipoi Datan dan Encik Sherman Sauffi yang berkongsi pandangan serta penemuan berharga berkaitan sejarah, arkeologi dan warisan tamadun Santubong.
Program ini turut mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran pelbagai pihak yang bersama-sama memperkaya pemahaman tentang warisan dan tamadun Santubong. Seusai seminar, para peserta yang terdiri daripada wakil CENTEXS, UNIMAS, UNIRAZAK, SMK Tun Abang Haji Openg, Sidma College, pelbagai organisasi, persatuan, penghulu, ketua-ketua kampung, serta peserta persendirian turut berpeluang menyertai lawatan ke Taman Arkeologi Santubong.
Lawatan tersebut meliputi kunjungan ke Sungai Jaong, Bongkissam/Bukit Maras, dan Wallace Centre, di mana para peserta meninjau tinggalan arkeologi serta menimba ilmu tentang warisan sejarah dan tamadun awal di kawasan Santubong.





