Seminar Warisan Santubong Bil.2/2025 telah diadakan pada 22 Ogos 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat AKYBMS, Jalan Rodway.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said.
Turut hadir dalam seminar ini ialah Mcfarizsa binti Daniel daripada Pejabat Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nurul Liyana binti Azmi, Encik Afham Jauhari bin Aldi, Pengarah Arkib Negara Malaysia, dan Puan Anita Muhammad Ishak, Penolong Pengarah Negeri II, Arkib Negara Malaysia.
Turut hadir memberikan sokongan ialah dua orang kakitangan AKYBMS dari Unit Penyelidikan dan Media AKYBMS, iaitu Cik Zafirah binti Othman dan juga Encik Norazam bin Azni Shah.