Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kami, warga kerja Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak, mengucapkan Selamat Menyambut Hari Sarawak 2025 kepada seluruh rakyat Sarawak.
Marilah kita bersama-sama menghayati semangat perjuangan dan jati diri anak Sarawak dalam mendukung aspirasi “Sarawak Maju Makmur”, demi membina negeri yang inklusif, berbudaya tinggi, dan berdaya tahan untuk generasi akan datang.
Sarawak milik kita, tanggungjawab kita.