Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, khususnya di negeri Sarawak.
Hari yang mulia ini adalah simbol ketaatan, keikhlasan dan semangat pengorbanan dalam menunaikan perintah Allah SWT. Semoga 10 Zulhijjah ini membawa keberkatan, keampunan dan rahmat yang berpanjangan buat kita semua. 



“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.”
(Hadis Riwayat Ahmad, 12362)
