22 Mac 2025 (Sabtu): Majlis Berbuka Puasa dan tarawih anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) bersama peserta SAMAsiswa Melayu Sarawak 2025 dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ini telah diadakan di Surau Nur Addin, Medan Hamidah, Demak Jaya bagi meraikan pelajar UNIMAS yang terpilih bersempena pada bulan Ramadhan yang istimewa.
Turut hadir, YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Dr. Santrol bin Abdullah, Jawatankuasa Surau Nur Addin, penduduk sekitar Demak Jaya, peserta SAMAsiswa Melayu Sarawak 2025 dari UNIMAS dan kakitangan AKYBMS.
Berikut kami kongsikan foto-foto sekitar majlis berbuka puasa pada hari ini.
Alhamdulilah dan terima kasih kepada semua. Semoga kita sentiasa di dalam lindungan rahmat dan kasih-sayang Allah S.W.T
Aamin Yarabbal Aalaminn.


