KUCHING – Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah menganjurkan SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak Siri 1: Gendang Melayu Sarawak pada 15 Februari 2025 bertempat di Godown Amphitheater, Tebingan Sungai Kuching.
Acara ini menghimpunkan pelbagai kumpulan dan generasi pemain gendang Melayu Sarawak dalam satu pentas yang mempersembahkan
warisan seni muzik tradisional yang berharga.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong usaha pemeliharaan budaya ini! Nantikan siri persembahan seterusnya! 
#SAMArindok2025 #BudayaMelayuSarawak #GendangMelayu

