Persembahan pencak silat malam tadi benar-benar memukau. Ia menampilkan keindahan gerak, kekuatan semangat dan warisan budaya yang penuh berprestij. Setiap langkah, jurus dan persembahan mendapat sorakan gemuruh daripada penonton yang hadir di Godown Amphitheatre, Sungai Tebingan Kuching.
Semalam bukan hiburan biasa, sebaliknya satu penghargaan kepada seni bela diri warisan Melayu yang terus hidup dan berkembang di bumi Sarawak.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan acara ini. Jumpa lagi di siri terakhir SAMArindok akan datang!



