SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2025 Siri II: Puisi Melayu Tradisional

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dengan bangganya akan mengadakan SAMArindok Persembahan Budaya Melayu Sarawak Siri II: Puisi Melayu Tradisional pada:
Tarikh: Ahad, 15 Jun 2025
Masa: 8.30 malam
Tempat: Godown Amphitheater, Tebingan Sungai Kuching, Sarawak
Program ini bakal menampilkan sebuah teater tari kembara Datu Marapati: Raja Negeri Santubong yang menggabungkan seni puisi, lakonan dan tarian tradisional dalam satu persembahan yang memukau.
Semua dijemput datang!
Jangan lepaskan peluang untuk menyelami warisan puisi dan kisah Melayu dalam suasana malam yang penuh magis di tebingan Sungai Sarawak

Kongsi berita ini