SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2024 Siri I: Gendang Melayu Sarawak

9 Mac 2024: KUCHING- (Sabtu) Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) hidupkan Gendang Melayu Sarawak melalui program SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2024 Siri I: Gendang Melayu Sarawak di Godown Amphitheatre, Tebingan Sungai Kuching, Sarawak.

 

Melalui program ini, YBhg. Datuk Wahab bin Abdul Aziz, Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS, Kebudayaan (Jawatankuasa Kesenian dan Kebudayaan AKYBMS) telah menyatakan hasratnya bahawa “AKYBMS merupakan indikator yang memainkan peranan menggalakkan segenap lapisan rakyat Sarawak agar peka dan peduli terhadap kebudayaan dan keseniaan Melayu agar dihayati dan berbangga dengan estetika keindahan yang dijelmakan dalam persembahan gendang Melayu Sarawak”.

 

Turut hadir, YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar AKYBMS, Encik Nasir bin Lariwo, wakil Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, dif-dif jemputan, kakitangan AKYBMS dan warga Kuching, Sarawak.

 

Penganjuran pada kali ini amat istimewa, kerana menampilkan persembahan gendang Melayu Sarawak dan nopeng yang terdiri daripada pelbagai peringkat lapisan generasi.

 

Antara penyertaan yang terlibat adalah Artis Badan Seni AKYBMS, Waris Anak Seni (Kanak-kanak), Cahaya Bulan Mengambang (Remaja), Warisan Seni Melayu Kuching (Dewasa), dan Kumpulan Seni Buana Kuching (Veteran).

 

Semoga penganjuran program pada kali ini telah memberikan pendedahan serba sedikit tentang keindahan adat resam dan tatasusila bangsa Melayu, khususnya di Sarawak.

 

Jangan lupa temu janji kita pada 22 Jun 2024 untuk Siri II: Puisi Melayu Tradisional di lokasi yang sama. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara lansung dan tidak lansung. Semoga kita berjumpa lagi di lain hari.

Kongsi berita ini