SAMArindok AILDILADHA AKYBMS 1443H/2022M Di Kampung Hilir Serian

SERIAN, (Selasa) – SAMArindok Aidiladha AKYBMS 1443H/2022M menjengah perkampungan Melayu di sebuah bandar ikonik dengan raja buah iaitu Kampung Hilir, Serian.
Acara ini merupakan program tahunan AKYBMS di kampung-kampung terpilih sejak tahun 2016 hingga sekarang yang bertujuan untuk menyemarakkan ajaran Islam dan warisan budaya untuk membentuk bangsa Melayu Sarawak sejahtera dunia dan akhirat.
Kakitangan AKYBMS bersama-sama penduduk bergotong-royong
Hadir mewakili Datu Pengurus Besar, Sdr. Yusuf bin Jalli, Pegawai Pendidikan, Agama dan Sosial AKYBMS yang berkesempatan menyempurnakan simbolik penyerahan daging dan cenderamata daripada AKYBMS kepada Ketua Kaum Encik Morshidi bin Masnen yang mewakili pihak penganjur bersama iaitu Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Hilir Serian.
“Program ini salah satu usaha kecil AKYBMS dalam menyantuni warga Melayu Sarawak untuk bersama-sama menghayati dengan setulus-setulusnya nilai ukhuwah dan pengorbanan yang dianjurkan oleh syariat Islam.”
Sesi penyerahan daging korban kepada penduduk
Terdahulu dalam ucapan alu-aluannya, KK Morshidi turut menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih bagi pihak ahli kariah kepada AKYBMS yang sudi memilih Kampung Hilir Serian sebagai destinasi pelaksanaan program serta sumbangan seekor lembu korban.
Acara ini turut dihadiri oleh 23 orang ahli JKKK Kampung Hilir Serian dan beberapa orang kakitangan AKYBMS.

Kongsi berita ini