“Islam manakah yang paling baik?” Nabi SAW menjawab: “Kamu memberi makan dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal.”
(HR Bukhari)
KUCHING-24 Februari 2026: Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah mengadakan Majlis Simbolik Pelancaran (Flag-off) Program Ihya’ Ramadan AKYBMS 1447H/2026M sebagai permulaan rasmi misi kebajikan dan ziarah Ramadan ke beberapa lokasi terpilih sekitar Kuching.
Majlis telah disempurnakan oleh Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar AKYBMS. Kakitangan AKYBMS turut mengibarkan bendera Sarawak sebagai simbolik pelepasan konvoi mini kenderaan yang membawa sumbangan bakul makanan dan beras untuk diagihkan kepada golongan asnaf di kawasan sasaran.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa program Ihya’ Ramadan ini merupakan manifestasi tanggungjawab sosial institusi dalam menyantuni masyarakat, khususnya sepanjang bulan Ramadan. Beliau turut menzahirkan harapan agar sumbangan yang disampaikan dapat membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, selaras dengan tema “SAMAkasih, SAMArasa” yang menekankan nilai kebersamaan dan empati sosial.
Perkarangan Wisma Sumber Alam, Petra Jaya
Terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dan menyokong AKYBMS sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga Ihya’ Ramadan tahun ini terus menyantuni ummah, memperkukuh ukhuwah dan menjadi asbab keberkatan bersama.
#ihyaramadan#akybms #samakasih





