Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam. Semoga peristiwa agung ini menjadi peringatan kepada kita semua untuk terus mendekatkan diri dengan Al-Quran sebagai panduan hidup, sumber ilmu dan cahaya petunjuk dalam kehidupan.
“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.”
(Surah al-‘Alaq: 1)
Semoga kita sentiasa diberi kekuatan untuk menghayati dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian. 




