Program SAMAsedia Siri II 2025 Sebuyau

21 Jun 2025 – Barisan kepimpinan belia perlu diperkukuh sejak awal bagi melahirkan pemimpin akar umbi yang berwibawa dan berdaya saing. Sehubungan itu, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak AKYBMS telah menganjurkan Program SAMAsedia Siri II 2025 pada 20 hingga 21 Jun 2025 bertempat di Dewan Serbaguna PNK Sebuyau.
Program ini melibatkan penyertaan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebuyau yang dikenal pasti berpotensi sebagai pemimpin masa depan. Sepanjang program, peserta mengikuti pelbagai aktiviti berkumpulan, simulasi dan perkongsian bersama tokoh masyarakat yang menekankan pembangunan sahsiah, jati diri dan daya kepimpinan.
Majlis turut dihadiri Penolong Pegawai Daerah Sebuyau, Encik Louis Andria anak Barieng; Pengurus Besar AKYBMS, Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said; Pemanca Kawasan Sebuyau, Haji Hasli bin Yahya; Penghulu Kawasan Sebuyau, Encik Abu Seman bin Suhaili; serta Yang Dipertua SMK Sebuyau merangkap Setiausaha Cawangan Sebuyau, Encik Osman bin Yamel.
AKYBMS merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program ini, khususnya kakitangan AKYBMS iaitu Wan Mohd Irfan bin Wan Zamhari, Encik Puan Iszaliana binti Majelan @ Mazlan, Cik Noralla binti Hamdan serta rakan kerjasama, Susoul Management. Terima kasih atas komitmen dalam membentuk barisan pemimpin pelapis yang berwibawa dan berbudaya.

Kongsi berita ini