16 Jun 2025 – Malam pratonton persembahan Ensemble Melayu Sarawak menampilkan barisan penyanyi Farizul Jamaluddin dan Hijrah Yahya telah berlangsung pada jam 8.30 malam bertempat di perkarangan pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS). Persembahan ini merupakan pratonton khas sempena penyertaan Ensemble Melayu Sarawak dalam Rainforest World Music Festival yang dijadualkan pada 22 Jun 2025.
Majlis ini turut dihadiri oleh Pengurus Besar AKYBMS, Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, bersama barisan kakitangan AKYBMS yang hadir bagi menyaksikan dan memberikan sokongan terhadap persembahan yang memartabatkan muzik warisan Melayu Sarawak tersebut.