24 Julai 2025 (Khamis) – Satu pertemuan telah diadakan antara Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), dan pihak Susoul Sdn. Bhd. bertempat di Pejabat AKYBMS, Jalan Rodway. Pertemuan ini bertujuan membincangkan pelaksanaan Program SAMAsedia 2025 yang bakal dikendalikan di bawah Unit Pendidikan, Agama dan Sosial.
Pihak Susoul Sdn. Bhd. diwakili oleh Encik Sulhie bin Salleh (Usu), Puan Haslinda binti Haji Azmi dan Encik Mohd Haziq Aiman bin Sulhie. Turut hadir bagi pihak AKYBMS ialah Encik Wan Mohd Irfan bin Wan Zamhari, Ketua Unit Pendidikan, Agama dan Sosial.
Majlis turut diserikan dengan penyerahan cenderahati kepada Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said sebagai simbolik komitmen bersama dalam menjayakan program tersebut.