Pertandingan Penulisan & Dokumentari Sejarah Sarawak bersempena Sambutan Hari Sarawak 2021 Anjuran MESTR & AKYBMS

Bersempena dengan Sambutan Hari Sarawak 2021, Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak bersama dengan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) menganjurkan pertandingan Pertandingan Penulisan Sejarah Sarawak dengan tema “Sarawak Ibu Pertiwiku” dan Pertandingan Dokumentari Sejarah Sarawak dengan tema “Sejarah Sarawak Dalam Era Digital”.
Hebahan Pertandingan Penulisan Sejarah Sarawak

 

Hebahan Pertandingan Dokumentari Sejarah Sarawak

 

Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak sahaja. Maklumat dan borang penyertaan pertandingan boleh didapati dengan mengimbas kod QR yang disediakan dalam poster hebahan pertandingan. Sebarang pertanyaan berkaitan, boleh berhubung dengan pegawai bertugas Cik Noralla di talian 012-849 1935 atau En Hiedil di talian 012-859 5074.
Semua warga Sarawak yang layak dijemput turut serta dalam mana-mana pertandingan ini dan boleh menghantar penyertaan masing-masing sebelum 16 September 2021.

Kongsi berita ini