KUCHING, 9 Okt 2025 – Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) terus menunjukkan komitmen padu dengan menyertai sesi raptai penuh Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena Sambutan Hari Lahir Ke-79 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang diadakan di Padang Merdeka, Kuching hari ini.
Sesi raptai penuh ini merupakan persiapan akhir sebelum acara rasmi yang dijadualkan berlangsung pada 11 Oktober 2025, sekali gus memberi ruang kepada setiap kontinjen menilai tahap kesiapsiagaan, kekemasan pergerakan dan disiplin masing-masing.
Penyertaan AKYBMS dalam raptai penuh tersebut memperlihatkan semangat berpasukan yang tinggi serta komitmen warga AKYBMS dalam memastikan penyertaan yang tersusun, kemas dan penuh berdisiplin pada istiadat berprestij itu.
Kontinjen AKYBMS turut bertekad untuk memberikan persembahan terbaik pada hari istiadat sebenar kelak, sekali gus mengharumkan nama AKYBMS sebagai antara kontinjen terbaik dalam sambutan rasmi tersebut.