Persembahan Badan Seni AKYBMS di Hari Terbuka Majlis Seni Sarawak 2026

Pada 18 April 2026, Badan Seni AKYBMS telah berjaya mempersembahkan seni tari Melayu Sarawak di Hari Terbuka Majlis Seni Sarawak 2026.
Dua persembahan telah dibawakan, iaitu Tarian Rentak Seri Pusaka dan tarian rampaian “Grenek Cinta Kasih”, yang menampilkan keindahan gerak tari serta kehalusan budaya warisan Melayu Sarawak kepada para pengunjung.
Dalam program yang sama, Saudara Wan Mohd Irfan turut berkongsi tentang sejarah dan seni tari Melayu Sarawak kepada para hadirin, sekali gus memberi pemahaman yang lebih mendalam mengenai nilai dan kepentingan warisan ini.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi sokongan. Semoga usaha ini terus menyemarakkan kecintaan terhadap seni dan budaya Melayu Sarawak

Kongsi berita ini