5 Ogos 2025 – Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said telah mengetuai satu kunjungan hormat ke Pejabat Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Turut menyertai delegasi ialah Encik Amirul Akbar bin Osman, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan AKYBMS.
Kunjungan ini bertujuan untuk mempererat hubungan kerjasama strategik antara AKYBMS dan DBKU, khususnya dalam aspek pemuliharaan warisan budaya dan pembangunan komuniti tempatan. Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai potensi kerjasama dalam pelaksanaan program kebudayaan, pendidikan warisan, serta pemerkasaan identiti Melayu Sarawak melalui pendekatan yang lebih inklusif dan berimpak tinggi.