Perjumpaan Khas antara Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dan JKOM

19 Disember 2024 (Khamis) – Ybhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah mengadakan perjumpaan khas bersama pihak Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) yang diketuai oleh Mohamed Faizal Shah bin Haji Ali, Pengarah Zon Sarawak, Jabatan Komunikasi Komuniti Zon Sarawak, Kementerian Komunikasi.
Perjumpaan tersebut bertujuan untuk membincangkan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam usaha memajukan budaya dan komuniti Melayu di Sarawak. Pelbagai isu penting mengenai pembangunan komunikasi serta inisiatif bersama yang boleh dilaksanakan untuk manfaat masyarakat tempatan turut dibincangkan dalam sesi perjumpaan tersebut.
Turut hadir Puan Normala binti Juatan, Pegawai Penerangan Bahagian Pentadbiran dan Kewangan dan Encik Mohamad Sahrizan bin Putit Penolong Pengarah Zon Sarawak Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM).

Kongsi berita ini