PERASMIAN Program SAMAsedia 2025

Program SAMASedia 2025, anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), telah dirasmikan di Dewan Masyarakat Belawai hari ini.
Siri ketiga program ini melibatkan penyertaan 40 belia dari N.41 Kuala Rajang. Program selama tiga hari ini bertujuan untuk membina jati diri para belia, mempersiapkan mereka sebagai generasi pelapis pemimpin yang berwibawa dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran era globalisasi.
Selain itu, SAMASedia 2025 juga fokus dalam memupuk jati diri belia sebagai persiapan untuk melangkah ke alam pekerjaan.
Diharapkan program SAMASedia 2025 ini dapat mencapai objektif utamanya dalam melahirkan pemimpin-pemimpin baharu daripada kalangan belia.
Turut hadir, Encik Ismail Kasah, Pegawai Daerah Tanjung Manis; Encik Sulhie Salleh, Biro Politik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak; Encik Morshidi Mores, Pemanca Tanjung Manis; Encik Kelali Klen, Penghulu Kampung Belawai; Encik Rosli Mat, Penghulu Kampung Jerijeh; Encik Abu Seman Masri, Penghulu Kampung Rajang; dan Encik Maoh anak Bohom, Penghulu Kawasan Iban.

Kongsi berita ini