Pentas SAMAtandak Persembahan tarian Melayu Sarawak 2023:

Pentas SAMAtandak Persembahan tarian Melayu Sarawak 2023
Tarikh: 23 September 2023 (Sabtu)
Masa: 2:00 – 4:00 petang
Tempat: The Summer Shopping Mall, Kota Samarahan
Anjuran: Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS)
Terima kasih kepada semua yang telah hadir.
Memasyhurkan seni budaya dan membela keunggulan bangsa Melayu Sarawak adalah misi Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS). Seni tradisi merupakan milik rakyat kebanyakan secara kolektif dan menjadi cerminan ketamadunan bangsa yang merangkumi pemikiran, krativiti serta kearifan lokal.
Usaha melestarikan seni dan budaya Melayu Sarawak melalui persembahan kebudayan pentas dapat memberikan pendedahan secara lansung kepada audiens terutamanya generasi muda masa kini untuk memahami estetika unggul nuansa seni bangsa Melayu Sarawak khususnya.
Tandak Melayu satu warisan yang melambang ketinggian seni Tamadun Melayu. Program ini juga selaras dengan Pelan Strategik AKYBMS 2015-2035 dalam teras Agama dan Budaya iaitu dalam usaha memperteguh identiti Melayu Sarawak dan penjenamaan kebudayaan yang positif.
Majlis pada hari ini telah dirasmikan oleh Encik Nayan bin Yamin, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Samarahan, dan turut hadir Encik Sylvester Rasit ak Debong, Wakil Pengarah IPGTAR dan Puan Candy Sazali, Wakil Pengurus Besar the Summer Shopping Mall.
Ps: Jom ikuti tiktok rasmi AKYBMS:
untuk menyaksikan video “Pentas SAMAtandak Persembahan tarian Melayu Sarawak 2023”.

Kongsi berita ini