Alhamdulillah, terima kasih atas sokongan anda ![]()
Facebook Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) kini telah mencecah 5,000 pengikut!
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang sentiasa mengikuti, menyokong serta berkongsi setiap usaha dan kegiatan AKYBMS.
Sokongan anda menjadi pemangkin untuk kami terus memartabatkan sejarah, warisan, seni dan kebudayaan Melayu Sarawak.
Teruskan bersama kami dalam perjalanan ini. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada komuniti AKYBMS!




