Nama: Cik Nur Najihah Najwa binti Sharkawi
Institutsi: ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan)
Latihan industri di Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) pastinya memberikan pengalaman yang unik dan bermakna bagi saya. Saya telah belajar secara langsung tentang pelbagai aspek budaya dan warisan Melayu, khususnya di Sarawak seperti adat resam, seni tradisional, dan bahasa.
Saya bersyukur kerana berpeluang untuk mendalami keistimewaan dalam warisan dan budaya Sarawak. Selain itu, saya turut didedahkan dengan teknologi moden dan belajar erti dokumentasi. Saya telah belajar dan mengaplikasikan bidang fotografi dan videografi semasa Program Larian Eksplorasi Warisan 1.0 diadakan.
Pengalaman latihan industri di sini telah memberi impak besar kepada saya. Hal ini telah mengajarkan saya tentang erti sifat bertoleransi, bergaul, dan mendisiplinkan diri. Saya turut didedahkan tentang kepentingan memelihara budaya dan warisan di samping dapat mempelajari sejarah tentang tudung Keringkam dan Kuala Santubong.
Walaupun masa hanya singkat dan sekejap namun pengalaman ini telah mengubah perspektif saya mengenai identiti budaya saya sendiri. Justeru itu, saya berhasrat untuk menyumbangkan idea penulisan kreatif kepada bangsa Melayu pada suatu hari kelak.
Akhir sekali, menjalani latihan industri di AKYBMS adalah peluang berharga kerana saya telah mendapat manfaat tentang kemahiran insaniah, kecerdasan buatan (artificial intelligence) dan nilai-nilai integriti.