Pelestarian Busana Melayu Sarawak

Pada 25 Julai 2025, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Danny Zulkifli dalam rangka perbincangan berkaitan busana tradisional Melayu Sarawak. Kunjungan ini bertujuan untuk berkongsi pandangan, mendapatkan maklumat lanjut serta menjalin kerjasama dalam usaha memperkukuh pemahaman dan pemeliharaan terhadap warisan busana tradisional yang menjadi identiti penting masyarakat Melayu di Sarawak.
Dalam pertemuan tersebut, Encik Danny turut berbesar hati menghadiahkan sebuah buku bertajuk “Cintaku di Atas Pedangan” kepada pihak AKYBMS. Buku ini merupakan hasil penulisan beliau yang memperincikan keindahan serta nilai budaya tinggi busana keringkam, khususnya dalam konteks warisan Melayu di Sarawak. Pihak AKYBMS amat menghargai sumbangan bermakna ini dan menyambut baik usaha murni beliau dalam mendokumentasikan dan memartabatkan khazanah busana tradisional negeri ini.
Diharapkan kerjasama seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan lagi, seiring usaha bersama dalam memelihara serta melestarikan warisan budaya Melayu Sarawak demi generasi akan datang.

Kongsi berita ini