4 Oktober 2025 menyaksikan pementasan istimewa Muzikal Datu Marapati, anjuran Jabatan Muzium Sarawak bersempena Pelancaran Tapak Arkeologi Santubong dan Pusat Wallace yang bersejarah.
Skrip muzikal ini ditulis oleh Encik Zakaria Hassan, berasaskan ilham asal YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, mengetengahkan kisah dan semangat warisan tamadun awal Santubong yang sarat dengan nilai budaya dan sejarah.
Majlis pelancaran turut memperkenalkan Santubong Archaeological Park & Wallace Centre — destinasi baharu yang menggabungkan arkeologi, sejarah dan alam semula jadi, menampilkan tiga lokasi menarik:






Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) turut berbangga hadir ke majlis ini bersama YBhg. Datu Dr. Haji Sanib Said serta pasukan Unit Penyelidikan dan Media AKYBMS, menyokong usaha Jabatan Muzium Sarawak dalam memartabatkan tapak warisan negeri tercinta.