Mesyuarat Persidangan Novel Melayu Pertama di Dunia Hikayat Panglima Nikosa BIL. 2/2025

Mesyuarat Persidangan Novel Melayu Pertama di Dunia Hikayat Panglima Nikosa Bil. 2/2025 telah diadakan pada 21 Ogos 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat AKYBMS, Jalan Rodway.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi AKYBMS, YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Prof Dr. Mohamad bin Jais, Dr. Sharifah Sophia binti Wan Ahmad serta Dr. Santrol bin Abdullah daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Selain itu, mesyuarat ini turut dihadiri oleh Encik Shazani bin Masri dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Puan Huznah Sait dan Puan Ana Mohd Bess dari Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur (DBPKL), Puan Stephanie Lenya Chaong dan Encik Chiew Serit dari Dewan Bahasa dan Pustaka Sarawak (DBP SARAWAK), Cik Ani Hafiffy Anil Yakin dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) serta kakitangan AKYBMS.
Jangan lupa untuk Like, Share & Follow (klik See First) page rasmi AKYBMS Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak bagi mengikuti perkembangan dan aktiviti terkini kami.

Kongsi berita ini