Mesyuarat Pencalonan Hikayat Panglima Nikosa ke Memory of the World (UNESCO)

KUCHING, 13 FEBRUARI 2025 – Satu mesyuarat khas telah diadakan di Bilik Mesyuarat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) bagi membincangkan pencalonan Hikayat Panglima Nikosa, novel Melayu pertama di dunia, ke dalam daftar Memory of the World (UNESCO).
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Datu Dr. Sanib Said dan dihadiri oleh wakil daripada pelbagai institusi termasuk AKYBMS, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Jabatan Muzium Sarawak (JMS), Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak, Dewan Bahasa dan
Mesyuarat yang di pengerusikan oleh Datu Dr. Hj. Sanib bin Hj. said mengenai percalonan Novel Melayu Pertama Di Dunia Hikayat Panglima Nikosa ke Memory of The World.
Pustaka Sarawak (DBP), Pustaka Negeri Sarawak, serta Institute of Borneo Studies dari UNIMAS.
Perbincangan menumpukan kepada langkah-langkah strategik dalam proses pencalonan. Usaha ini diharapkan dapat mengangkat wari
san kesusasteraan Melayu ke peringkat global, sekali gus memperkukuh identiti dan sejarah kesusasteraan Nusantara.
Untuk anda tahu, tahun ini merupakan tahun ke-11 AKYBMS meraikan keagungan Hikayat Panglima Nikosa sebagai novel Melayu pertama di dunia. Pencalonannya ke Memory of The World bukan sekadar satu penghormatan tetapi bukti pentingnya karya ini dalam sejarah dan warisan kesusasteraan bangsa.

Kongsi berita ini