MESYUARAT AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH AKYBMS BIL. 1/2026

Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) Bil. 1/2026 telah diadakan pada 14 Januari 2026 bertempat di Wisma Sumber Alam.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi LPA AKYBMS, YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak, dan dihadiri oleh Ahli-ahli LPA AKYBMS, wakil agensi berkaitan, rakan strategik serta barisan pengurusan dan kakitangan AKYBMS.
Mesyuarat membincangkan perkara berkaitan pentadbiran, perancangan serta hala tuju AKYBMS bagi tahun 2026.
AKYBMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas komitmen dan kerjasama berterusan dalam menyokong usaha memperkukuh kesejahteraan masyarakat Melayu Sarawak serta pemerkasaan budaya negeri.

Kongsi berita ini