Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak Kuching Berhad (KOPAK) bagi tahun 2025 telah diadakan pada 30 Jun 2025 (Isnin) dari pukul 2.30 petang hingga 4.00 petang secara bersemuka.
Pihak KOPAK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua anggota KOPAK yang hadir beramai-ramai ke mesyuarat ini yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Jalan Rodway, Kuching, Sarawak.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Rizan bin Haji Tuah, yang turut hadir pada mesyuarat kali ini.
Tidak dilupakan juga kepada pegawai-pegawai KOPAK serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan dan memastikan mesyuarat ini berjalan dengan lancar.
Pihak Pengurusan KOPAK AKYBMS memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau kelemahan dalam penganjuran mesyuarat pada kali ini. Segala yang baik datang daripada Allah SWT, manakala sebarang kekhilafan dan kelemahan adalah daripada pihak kami sendiri.
Sekian, terima kasih.





