4 September 2025 – Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah menganjurkan Kursus Pelajar Melayu Islam Cemerlang (KPMIC) selama satu hari yang disertai seramai 98 orang pelajar.
Majlis penangguhan program tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Annuar Rapaee, Timbalan Menteri Pendidikan dan Inovasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.55 Nangka.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBhg. Datuk Abdullah bin Haji Saidol, Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat & Unit Komunikasi Awam Sarawak) merangkap ADUN N.42 Semop, YBrs. Encik Syaidin bin Mostapa, Pengetua SMK Semop, Yang Dihormati Puan Nancy Anak Ngumbang, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Daro, serta Yang Dihormati Encik Sulaiman bin Hamzah, Yang Dipertua PIBG SMK Semop.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran barisan fasilitator AKYBMS yang diketuai oleh Encik Wan Mohd Irfan bin Wan Zamhari, selain sokongan 15 orang guru dan 44 orang ibu bapa yang hadir.
Penganjuran KPMIC ini bertujuan membina kecemerlangan akademik, sahsiah serta kepimpinan pelajar, di samping memperkukuh jati diri generasi muda Melayu Islam di Sarawak.