Alhamdulillah, Majlis Sambutan Israk dan Mikraj anjuran AKYBMS dengan kerjasama Surau Darul Falah telah selamat dilaksanakan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya penceramah jemputan Ustaz Yunus Ali, ahli jawatankuasa surau, kakitangan AKYBMS serta para jemaah yang hadir bersama-sama mengimarahkan majlis ilmu ini.
Semoga segala perkongsian dan pengajaran daripada peristiwa Israk dan Mikraj memberi manfaat, menyuburkan iman serta diberkati oleh Allah SWT 





