Majlis SAMAhaul ke-75, Pejuang Melayu Sarawak: Rosli Dhoby dan Rukun 13

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dengan izin Allah S.W.T., pihak Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) akan mengadakan program yang berkaitan dengan perjuangan Rosli Dhoby dan Rukun 13 iaitu Majlis SAMAhaul ke-75, Pejuang Melayu Sarawak: Rosli Dhoby dan Rukun 13
Tarikh: 1 Mac 2025 (Sabtu)
Masa: 6.30 Petang
Tempat: Balai Ilmu, AKYBMS
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.” – Al – Hujurat: 15
Antara aktiviti yang akan dilaksanakan oleh kakitangan AKYBMS semasa Majlis SAMAhaul ke-75, Pejuang Melayu Sarawak: Rosli Dhoby dan Rukun 13 adalah termasuk solat berjemaah, majlis bacaan Yassin, dan serta tahlil.
PS: Al-Fatihah kepada Allahyarham Rosli bin Dhoby, Allahyarham Morshidi bin Sidek, Allahyarham Awang Ramli Amit bin Awang Matsaruddin, dan Allahyarham Bujang bin Suntong. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan diberikan kedamaian serta rahmat daripada Allah SWT. Allahumma aaminnn.

Kongsi berita ini