MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERTANDINGAN SEJARAH BERSEMPENA DENGAN HARI SARAWAK 2021

 

20 November 2021, Sabtu, Grandwall Hilton Hotel Kuching, telah diadakan Majlis Penyampaian Anugerah Pertandingan Sejarah bersempena dengan Hari Sarawak bagi tahun 2021. Majlis ini telah dianjurkan  oleh  Kementerian  Pendidikan Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak dengan  penganjur bersama  Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak bersama  rakan Staretgik kolabratif iaitu Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Dewan Bahasa dan Pustaka  Cawangan Sarawak yang dijalankan secara hybrid (fizikal dan dalam talian).

Majlis dijalankan secara Hybrid (Fizikal dan dalam Talian)

Majlis ini telah dirasmikan oleh  Yang Berhormat Dr. Annuar Rapa’ee, Menteri Muda, Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak yang turut diiringi bersama jemputan kehormat iaitu Yang Berbahagia Datu Kameri Haji Affandi, Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak bersama dengan Yang Berbahagia  Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak.

Persiapan untuk Majlis Penyampaian Anugerah Pertandingan Sejarah Sarawak

Pertandingan Sejarah Sarawak bersempena dengan Hari Sarawak 2021 telah bermula pada 22 Julai 2021 sehingga tamat pertandingan pada 19 September 2021. Terdapat tiga kategori yang akan dimenangi dalam Majlis Penyampaian Anugerah ini iaitu, Pertandingan Penulisan Sejarah Sarawak yang disertai oleh pelajar sekolah dari tingkatan 5 hingga tingkatan 6 Atas dan Pertandingan Video Penceritaan Tokoh Pejuang Negeri Sarawak yang disertai oleh pelajar sekolah dari tingakatan 1, 2 dan 3. Pertandingan yang melibatkan pelajar sekolah ini terbuka kepada semua pelajar dari seluruh Negeri Sarawak. Manakala Pertandingan Dokumentari Sejarah Sarawak pula merupakan kategori untuk orang awam yang terbuka kepada semua rakyat negeri Sarawak.

Seramai 5 pelajar telah dinobatkan sebagai pemenang utama untuk tempat pertama, kedua, ketiga hingga ke lima yang membawa pulang hadiah berupa komputer riba, sijil penghargaan dan buku Sultan Tengah, serta diumumkan 10 pelajar yang akan memenangi hadiah Saguhati berupa Tablet dan sijil penghargaan. Manakala kategori orang awam dinobatkan pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga yang akan membawa pulang sijil penghargaan dan wang tunai.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang berjaya membawa pulang hadiah kemenangan dan diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk mendidik dan mengajar ilmu sejarah khususnya generasi masa kini terutama anak jati kelahiran Sarawak akan perihal pentingnya mengenali dan mengetahui sejarah Sarawak.

Kongsi berita ini