Pada hari ini, Unit Penyelidikan dan Media AKYBMS bersama para pelajar latihan industri telah mengadakan lawatan ke Sarawak Science Centre. Lawatan ini memberikan pendedahan mengenai sains dan teknologi melalui pelbagai ruang pameran serta bahan interaktif. Para pengunjung turut memperoleh pengetahuan baharu tentang kepentingan sains dalam kehidupan seharian.





