Kuching, 11 Ogos 2025 – Wakil Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah mengadakan lawatan ke Songket & Keringkam Galeri, Muzium Perkayuan PUSAKA Sarawak, dan JUMA’ANI Pavilion. Lawatan ini bertujuan menghargai serta memperluas pengetahuan mengenai keindahan seni tenunan songket dan keringkam, sejarah dan warisan kayu tempatan, serta keunikan seni bina tradisional Melayu Sarawak.
Melalui kunjungan ini, AKYBMS berhasrat untuk memperkukuh jaringan kerjasama dalam memelihara, mempromosi dan memperkasa seni warisan sebagai sebahagian daripada identiti budaya negeri.