Kursus Pelajar Melayu-Islam Cemerlang (KPMIC) Siri IV @ SMK Seri Setia

KUCHING – Kursus Pelajar Melayu-Islam Cemerlang (KPMIC) Siri IV telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Disember 2024 di Dewan SMK Seri Setia, Kuching. Program ini melibatkan penyertaan seramai 100 pelajar Melayu-Islam Tingkatan 1 dari sekolah tersebut, dengan objektif untuk meningkatkan kecemerlangan akademik, membentuk sahsiah diri dan memupuk semangat jati diri pelajar.
Sepanjang program, pelajar diberikan motivasi untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, memperkukuhkan kemahiran berpasukan, memahami pengurusan kendiri serta membina semangat ukhwah Islamiah.
Penceramah yang dijemput khas untuk menyampaikan pengisian program ialah Cikgu Najihah binti Haji Bohari dan Encik Azuan bin Jemat yang berjaya menyuntik semangat dan inspirasi kepada para peserta.
Majlis diakhiri dengan ucapan penutup daripada Datu Dr. Haji Sanib bin Said dan Puan Sabtuyah binti Chee, Pengetua SMK Seri Setia, yang turut menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program ini.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS), PIBG dan pihak sekolah. Aktiviti seperti wacana minda, latihan interaktif, aktiviti berkumpulan, dan permainan minda telah disusun bagi memastikan peserta mendapat pengalaman yang holistik.
Tahniah diucapkan kepada Pengurus Program, para fasilitator, dan semua pihak yang telah bekerjasama dalam menjayakan program ini!

Kongsi berita ini