20 Februari 2024: Pertubuhan Legasi Industri Kesenian Kuching mengadakan kunjungan hormat ke Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak. Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk memelihara dan mempromosikan warisan seni dan budaya dalam kalangan masyarakat Melayu Sarawak. Selain itu, pertemuan tersebut menjadi satu platform penting untuk pertukaran gagasan dan kerjasama kepada penggiat industri kesenian dan kebudayaan di Sarawak.