KUNJUNGAN HORMAT KEPADA PENGARAH ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI SARAWAK

Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) YBhg Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said merangkap Ahli Lembaga Penasihat Arkib Negara Malaysia telah mengetuai deligasi AKYBMS dalam kunjungan hormat kepada Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak Encik Ladoh Anak Mejus pada 8 Mac 2022 bertempat di Tingkat 14 Bangunan Sultan Iskandar, Kuhcing.
Ketibaan disambut oleh Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak
Dalam kunjungan hormat kali ini, Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak memberikan taklimat berkaitan dengan latar belakang, tugas dan fungsi yang berkaitan. Taklimat yang berlangsung selama sejam ini memberikan maklumat baru berkaitan dengan aktiviti teras pihak Arkib Negara Malaysia seperti pengurusan rekod, pentadbiran bahan arkib dan pengembangan serta pendokumentasian. YBhg Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said juga mendengar cabaran yang dihadapi oleh Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak dalam menjalankan fungsi mereka di Sarawak ini.
Meliahat ruang pemuliharaan dan penyimpanan bahan arkib
Selesai taklimat, deligasi dari AKYBMS telah dibawa untuk melawat gedung bahan arkib, ruang untuk pelawat mendapatkan bahan dan ruang yang digunakan untuk proses pemuliharaan bahan arkib. Pihak Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak juga berkongsi nasihat dalam pengurusan bahan dan fail serta sistem Online Finding Aids (OFA) yang digunakan untuk mencari bahan.
Sebelum pulang, kedua-dua belah pihak telah bertukar-tukar cenderahati sebagai tanda ingatan dalam kerjasama yang telah dan akan dilaksanakan dalam masa akan datang. Semoga kunjungan hormat ini dapat memperkukuh sinergi kedua-dua belah pihak dalam bidang yang berkaitan dalam memastikan kelestarian bahan-bahan arkib yang sangat penting dalam perkembangan ilmu.

Kongsi berita ini