8 September 2025 : Pengurus besar Pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) iaitu YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, telah memberi kunjungan hormat kepada YBrs. Tuan Frederick Morshidi selaku Setiausaha Tetap (SUT), Kementerian Belia, Sukan & Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) di Tingkat 16, Bangunan Baitulmakmur II.
Kunjungan ini bertujuan untuk menjalin persefahaman serta membuka ruang kepada program dan aktiviti yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang. Turut hadir dalam lawatan ini ialah Wan Mohd Irfan bin Wan Zamhari, Ketua Unit Pendidikan, Agama dan Sosial.