Pada 24 Julai 2025: Encik Ghazali Jaafar, Pengurus daripada Transnational Insurance Broker (M) Sdn. Bhd., telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS). Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama antara kedua-dua pihak serta meneroka peluang kolaborasi dalam bidang pengurusan risiko dan perlindungan organisasi.