KUNJUNGAN HORMAT KE MYSED

Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Tuan Dzolkarnain bin Masron, Setiausaha Tetap, Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), bertempat di Tingkat 16, Bangunan Baitul Makmur.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Tuan Dolhadi Marzuki, Timbalan Setiausaha Tetap MYSED, serta Encik Seruji Ludin, Ketua Penolong Setiausaha.
Dalam sesi perbincangan tersebut, Datu Dr. Sanib merakamkan ucapan tahniah kepada Tuan Dzolkarnain atas pelantikan beliau sebagai Setiausaha Tetap MYSED. Pertemuan ini turut membincangkan beberapa inisiatif berkaitan pembangunan belia, termasuk program-program strategik yang memberi fokus kepada pemerkasaan generasi muda Sarawak.
Antara perkara yang disentuh ialah perkembangan dan potensi program SAMAsedia, peranan institusi seperti AKYBMS dalam mendukung agenda pembangunan komuniti, serta peluang kolaborasi dan sokongan geran bagi memperkukuh pelaksanaan program berimpak tinggi kepada belia dan usahawan muda.
Pertemuan ini mencerminkan komitmen berterusan ke arah memperkasa jaringan kerjasama strategik antara institusi dan kementerian dalam memacu agenda pembangunan belia Sarawak.

Kongsi berita ini