Kuching, 20 Mac 2025 – Satu kunjungan hormat telah diadakan di Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak yang dihadiri oleh Setiausaha Tetap YBhg. Encik Morshidi Fredrick, serta Timbalan Setiausaha Tetap Encik Dolhadi bin Haji Mazuki.
Turut serta dalam lawatan ini ialah Pengurus Besar AKYBMS, YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, bersama kakitangan AKYBMS Encik Amirul Rashid bin Abdullah dan Encik Wan Mohd Irfan bin Wan Zamhari.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan serta membincangkan pelbagai inisiatif strategik dalam pembangunan belia, sukan, dan keusahawanan di Sarawak