Kuching, 27 Ogos 2025 – Pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Yayasan Sarawak International Secondary School untuk bekerjasama dalam program yang akan datang.
Kedatangan mereka telah disambut oleh Ketua Bahagian Program dan Kebudayaan, Encik Mohd Amirul Rashid bin Abdullah.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Cikgu Nor Ashikin, Cikgu Siti Farida, Ustaz Awangku A’aizat dari Yayasan Sarawak International Secondary School dan juga Cik Nur Faqihah Nabila iaitu pelajar latihan industri dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak dapat saling berkongsi ilmu, pengalaman dan sumber bagi memajukan pendidikan serta memperkasakan kebudayaan.