Kunjungan Hormat dari Koperasi KOPPES Sarawak Berhad

Kuching, 25 Ogos 2025 – Pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah menerima kunjungan hormat daripada Koperasi KOPPES Sarawak Berhad sebagai inisiatif untuk mempertingkat jaringan kerjasama strategik antara kedua-dua organisasi.
Delegasi telah disambut oleh YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, dalam satu sesi kunjungan hormat yang membincangkan pelbagai potensi kerjasama dalam aspek pembangunan komuniti, pemerkasaan ekonomi seta inisiatif kebajikan masyarakat.
Pertemuan tersebut turut disemarakkan dengan perbincangan dua hala yang produktif, melibatkan pertukaran pandangan serta cadangan pelaksanaan inisiatif bersama, khususnya dalam memperkasa program-program berteraskan kemasyaratan dan ekonomi yang diinspirasikan oleh nilai budaya tempatan.

Kongsi berita ini