Kunjungan Hormat AKYBMS ke SEDC

4 Januari 2023 (Khamis): Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Datu Haji Abdul Hadi bin Datuk Haji Abdul Kadir, Pengurus Besar, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di Menara SEDC.

Delegasi AKYBMS telah diketuai oleh YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar AKYBMS. Dalam pertemuan selama lebih sejam ini, YBhg. Datu Pengurus Besar telah membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan hala tuju perjuangan AKYBMS untuk masyarakat Melayu Sarawak secara khususnya. Beberapa perancangan untuk masa hadapan dan isu-isu penting lain turut dibincangkan bersama dalam pertemuan ini. Hadir sama dalam pertemuan ini Encik Amirul Akbar bin Osman, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan.

Besar harapan dari AKYBMS agar Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) akan dapat terus menjadi rakan kolaboratif strategik dalam merealisasikan dan menyokong aspirasi AKYBMS dalam membangunkan bangsa Melayu di Sarawak.

#MelayuSarawak #SarawakMajuMakmur #SEDC #Santubong

Kongsi berita ini