Kunjungan Hormat Affin Bank Berhad ke AKYBMS

29 April 2024 (Isnin): Kami berbesar hati menerima kunjungan hormat pihak Affin Bank ke atas YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Rodway.
Kumpulan AFFIN menyediakan rangkaian lengkap produk dan perkhidmatan kewangan yang memenuhi keperluan pelanggan individu dan korporat.
Antara segmen pasaran tumpuan yang dikategorikan di bawah unit perniagaan penting ialah Perbankan Komuniti, Perbankan Perusahaan, Perbankan Korporat, Perbendaharaan dan Perbankan Pelaburan.
Beberapa perbincangan telah berlangsung dan antaranya adalah mengenai servis dan kemudahan fasiliti bersama dengan Encik Mohamad Hiedil bin Maria, Ketua Unit Aset, AKYBMS.
Turut hadir, Encik Ahmad Sharlie bin Mushar, Timbalan Pengarah Senior,
Affin Perbankan Karporat, dan Encik Muhammad Amir Harith Affendi,
Pengurus Hubungan, Affin Perbankan Karporat.

Kongsi berita ini