KPMIC 2025 @ SMK Merapok: Menyemai Kecemerlangan Pelajar Melayu Islam

Program Kursus Pelajar Melayu Islam Cemerlang (KPMIC) 2025 anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Mei 2025 bertempat di Dewan SMK Merapok, Lawas.
Seramai 90 orang pelajar telah menyertai program intensif ini yang memberi penekanan kepada pembangunan jati diri, sahsiah, dan kecemerlangan akademik dalam kalangan pelajar Melayu Islam.
Program ini telah disempurnakan oleh YBrs. En. Julkipli bin Hj Tangah, Pengetua SMK Merapok, dan disokong penuh oleh pihak pengurusan sekolah termasuk YBrs. Pn. Morjana binti Zain, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Merapok.
Turut memberi komitmen sebagai guru pengiring dan jawatankuasa pelaksana:
✅ En. Abdul Rahman bin Hashim
✅ En. Mohd Sufie bin Kudien
✅ Cik Norhanisah binti Mat Saad
✅ Cik Siti Fatimah Nazlia binti Ruslan
✅ Pn. Siti Mariam binti Zakaria
Warga kerja AKYBMS yang hadir menjayakan program:
✅ Encik Wan Mohd. Irfan bin Wan Zamhari – Ketua Unit Pendidikan, Agama dan Sosial
✅ Encik Mohd. Amirul Rashid bin Abdullah – Ketua Bahagian Program
✅ Puan Iszaliana binti Majelan
✅ Cik Noralla binti Hamdan
✅ Cik Fatin Nashira binti Faizal (Pelatih Industri UNIMAS)
✅ Cik Azza Azreenas binti Azman (Pelatih Industri UNIMAS)
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga SMK Merapok atas kerjasama erat dalam menjayakan KPMIC 2025. Semoga segala usaha ini menjadi pencetus perubahan positif kepada generasi pelajar cemerlang akan datang.
Nantikan sorotan gambar menarik sepanjang program!

Kongsi berita ini