KPMIC 2019 Siri V: Maraud, Bantu lonjak semangat pelajar

 

Marudi, 27 September 2019 –

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Baram menghargai inisiatif yang dilakukan oleh pihak Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu dalam usaha membantu mempertingkatkan kecemerlangan para pelajar Melayu-Islam di Marudi/Baram.

Menurut Puan Aina @ Zuraina Tahir, Unit Akademik PPD Baram, program Kursus Pelajar Melayu-Islam (KPMIC) 2019 Siri V: Marudi yang diadakan di Dewan Sri Perkasa, SMK Telang Usan merupakan platform terbaik untuk para peserta menggali ilmu tambah yang 0 serta kehidupan.

Beliau yang mewakili Pegawai PPD Baram dalam acara perasmian penangguhan itu turut menyatakan harapan agar program ini diteruskan lagi pada tahun hadapan. “Pihak PPD Baram khususnya amat mengharapkan agar pihak AKYBMS dan rakan strategik terlibat meneruskan program ini. Ini kerana daerah ini kurang mendapat perhatian daripada pihak lain berbanding pihak AKYBMS yang terus konsisten berkongsi ilmu kepada para pelajar di Baram.” Tambah beliau lagi.

Program KPMIC 2019 merupakan program pemantapan sahsiah pelajar yang mengkhususkan aspek remaja dan perubahan kendiri, motivasi, jati diri Melayu Sarawak serta pembinaan keyakinan diri para pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam
akademik.

KPMIC juga merupakan program siri jelajah di daerah-daerah terpilih seluruh Sarawak dan telah diadakan sejak tahun 2015. KPMIC 2019 Siri V: Marudi pada kali ini telah menghimpunkan 114 orang pelajar Melayu-Islam Tingkatan 1 daripada SMK Marudi dan SMK Telang Usan.

Disediakan oleh: Yusuf Jalli

Kongsi berita ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp