Pada 13 Jun 2025 (Jumaat), seramai empat (4) pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak — Awang Amirul Adhwa bin Awang Hadiburllah, Muhd Haiqal Zikri bin Zakir, Amrin bin Amir dan Walter Mcmlan anak Willie — telah mengadakan sesi temu bual bersama Unit Penyelidikan dan Media Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS).
Sesi ini diadakan bagi memenuhi keperluan projek kursus IMD263 (Diploma Pengurusan Maklumat), dengan fokus kajian yang berkisar tentang usaha-usaha pemeliharaan dan pemerkasaan Warisan Melayu Sarawak.
AKYBMS mengalu-alukan inisiatif seperti ini dan sentiasa komited menyokong usaha akademik dalam memperkukuh kefahaman dan penghargaan terhadap warisan budaya tempatan.
Terima kasih diucapkan kepada para pelajar atas minat dan komitmen mereka terhadap Warisan Melayu Sarawak.